Monday, July 28, 2008

Ambo dok faham Tuan Guru

Baru ada ura-ura UMNO dan Pas nak bermuzakarah, Tuan Guru Nik Aziz dah marah. Katanya, jika muzakarah diteruskan, Pas akan berpecah.

Lepas tu, Tuan Guru setuju setelah Haji Hadi Awang dan lain-lain pemimpin Pas datang ke Kota Bharu khusus untuk beri taklimat kepadanya.

Bagaimanapun, setuju Tuan Guru dengan bersyarat. Syaratnya jangan pakai `muzakarah' pakailah `muqabalah.' Tapi nampaknya media tak berkenan muqabalah dan terus pakai muzakarah.

Belum pun muzakarah bermula, Tuan Guru buat gempar lagi. Katanya, eloklah UMNO dan Pas dibubarkan dan bergabung di bawah parti baru.

Auhai Tuan Guru, tolong beri Panadol. Ambo doh pening.

Dulu Tuan Guru kata muzakarah akan pecahkan Pas. La ni Tuan Guru mahu Pas dan UMNO dihempas berkecai dan tubuh parti baru.

Pening ambo. Tolong beri sebiji lagi Panadol.

No comments: